Kehidupan peribadi Andrea Fonseka

Andrea Fonseka dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, pada 29 Ogos 1984. Beliau memiliki warisan etnik campuran. Bapanya berasal dari keturunan Sinhala (Sri Lanka), Portugis, Sepanyol, dan Filipina, manakala ibunya berasal dari keturunan Cina [2] Beliau meupakan anak bongsu dari empat beradik yang semuanya perempuan dan kini tinggal dan bekerja di antara Singapura, Malaysia dan Australia. Beliau belajar di SMK (P) Taman Petaling di Petaling Jaya pada tahun sekolah menengahnya. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari NUS.

Beliau berkahwin dengan peguam Australia Paul Dewar pada 31 Julai 2010, di Kuala Lumpur.